top of page

VIDEO LAGU BONGKAH

Sebuah lagu yang agak bagus untuk murid-murid memahami dan mengingati ciri-ciri 6 jenis bentuk 3D, iaitu kubus, kuboid, kon, piramid, sfera dan juga silinder. 

LIRIK LAGU

Kamilah bongkah pelbagai rupa

Ada yang bulat dan permukaan rata

Kubus kuboid sfera kon piramid silinder

Bersisi tegak melengkung pun ada

 

     Bersisi empat sama kubus namanya
     Berbucu lapan duabelas sisinya
     Enam permukaan yang sama rata
     Buahlah dadu itulah contohnya.

 

Kuboidlah pula segiempat tepat
Ibarat kotak tiada bezanya
Bersifat sama kubus bersaudara
Cuma panjang sisi saja yang berbeza

 

      Beralih pula kepada sfera
     Tidak bersisi tiada bucunya
     Satu permukaan itulah sahaja
     Seperti bola bumilah contohnya

 

Piramid pula dua bentuknya
Tapak segiempat tepat dan juga sama
Berlima bucu juga permukaan
Kedua-duanya bersisi lapan

 

      Tin minuman boleh diibaratkan
     Dua sisinya tiga permukaan
     Silinder pula mengambil giliran
     Tidak berbucu dan bersempadan

 

Bongkah terakhir kon dikenali
Merata tempat aiskrim diisi
Satulah bucu dan satulah sisi
Dua permukaan boleh didapati

Success! Message received.

bottom of page